Lie To Me

salam…

bertemu lagi dalam segmen 'Sembang K-Drama'

macam biasa, saia nak borak pasal drama yang baru jerk saia habis marathon semalam.bayangkan, mementang lah semalam dewali, malam selasa tu saia tekad nak habiskan Lie To Me. saia start tengok hari isnin.sampai episode 6. malam selasa balek keje jerk, terus marathon sampai pukul 9.30pagi. Ini bermakna lebih 24jam saia tak tidur.muka dah macam zombie, jangan lah tanya.bila bangun tau-tau dah pukul 3 petang.peh peh peh!

Memandangkan saia memang fans Yoon Eun Hye. Sapa tak kenal dia ni. Aktres Princess Hours, Coffee Prince, My Fair Lady(nanti saia akan post entry pasal drama ni) boleh dikatakan kesemua drama Y.E.H ni memang letop-letop lah.Cuma tak tau kenapa Lie To Me ni tak sehebat dramanya yang sebelum ni.



Lie To Me mengisahkan Gong Ah Jung yang bekerja di Kementerian Kebudayaan (Ministry of Culture) telah menipu kawan sekolahnya dengan mengatakan dia telah berkahwin dengan pemilik Hotel ternama iaitu Hyun Ki Joon.( Sebenarnya, bukan dia yang mengaku berkahwin pemilik hotel tersebut, dia Cuma tipu dah kahwin je. Tapi disebabkan ada satu insiden di mana Hyun Ki Joon telah mengangkat Gong Ah Jung, jadi kawan Gong Ah Jung menyangka Hyun Ki Joon adalah suami Gong Ah Jung.)




Lalu tersebarlah satu Korea bahwa Hyun Ki Joon yang kaya raya itu dah berkahwin secara senyap-senyap dan kononnya makcik Hyun Ki Joon tak bagi Hyun Ki Joon berkahwin. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang tengoklah drama ni. Siyes, memang best giler!
Disebabkan drama tak ada OST yang sedap. Maka, saia bagi empat bintang. Ah, saia suka Yoon Eun Hye!!!Ommooo…Dia sangat cun walaupown tanpa make up!!Dan laki tu…hurm, tak delah kacak sangat.Tapi bolehlah…


No comments:

Lilypie