Mary Stayed Out All Night (Marry Me, Mary!)


salam…



ei baru jerk abish tengok citer mary stayed out all night!
sumpah, besh giler!





Wi Mae Ri (Moon Geun Young)  mempunyai ayah, Wi Dae Han yg sering gagal dalam perniagaannya. Setiap hari ayahnya diburu along. Satu malam ketika Mae-Ri keluar dengan rakan-rakannya entah macam mana excident dan terlanggar Kang Moo Kyul (Jang Geun Suk ) yg merupakan seorang artis indie-band dan mereka terus menjadi rapat.  



Sementelah itu, ketika Dae-Han sedang melarikan diri dari pemiutang, Dae-Han telah diselamatkan oleh kawan lamanya iaitu Jung Suk, yang baru sahaja kembali ke Korea dan sangat berjaya dalam industri hiburan di Jepun. Jung Suk yang memendam rasa dengan ibu Mae-Ri, pernah berjanji dengan Dae-Han untuk mengahwinkan anak mereka iaitu Mae-Ri dan Jung-In.
Jung Suk ingin mengotakan janjinya dan turut menolong Dae-Han membayar kesemua hutungnya.


Untuk mengelakkan dari dipaksa berkahwin, Mae-Ri meminta Moo-Kyul mengaku sebagai suaminya namun ianya menjadi semakin rumit apabila ayahnya memberi tempoh 100hari di mana Mae-Ri perlu membahagikan masanya antara Moo-Kyul dan Jung-In lantas dia perlu membuat keputusan siapa yang akan dipilihnya.




 Moon Geun Young sangat comel dalam cerita ini dan menampakan pipinya yg tembam tapi tidak badannya.



 Cerita ni memang kelakar dan bila tengok Mae-Ri kena bahagikan masa antara Jung-In dengan Moo-Kyul dah macam hidup bermadu plak! lol





Lagu-lagu yg ada dalam cerita ni pown memang besh!




Owh, Jang Geun Suk tampak sangat kachak!
Dem, ei dah tergoda!



btw, antara lagu yg ei minat seperti



Take Care My Bus 
My Precious
Hello Hello

kesemua lagu atas ni semuanya nyanyian Jang Geun Suk!

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua kompus tahap gaban

cma..cimot..shimoro said...

asal lak lu kompus tahap gaban ni!!

Cik Comel said...

di antara drama yang dibuat dengan teliti. kita boleh kesan bila tengok drama tu. yang penting drama ni ada konsep.
Cik Comel dah jatuh cinta dengan Jang Geun Suk! atau lebih tepat, semakin jatuh cinta.
Cik Comel sememangnya telah menggemari lakonan Moon Geun Young sejak My Little Bride.
lagu-lagu juga BEST!
siapa belum tengok kena tengok tau! Cik Comel rekomen 100% drama ni ditonton.
p/s: Cik Comel juga memiliki angan-angan tak masuk akal mempunyai teman lelaki seperti Moo-Kyul, tinggi dan comel/hensem. Auuw!!! tak tahan geram nak cubit pipi time dia senyum. pastu pulak gadoh-gadoh dgn bf, pastu baik balik, pastu gadoh-gadoh balik. cam best je tau!