Showing posts with label drama korea. Show all posts
Showing posts with label drama korea. Show all posts

Scent Of A Woman


Salam…

hai korang semua…

disebabkan saia dah banyak marathon drama korea, tapi malas nak update. terpaksalah jap gi, saia update segmen ni bertubi-tubi. minggu lepas saia dah habis marathon Scent Of A Woman, kemudian terus sambung marathon The Vineyard Man sekarang ne tengah tengok drama Worlds Within dah episode 10 dah.kemain laju kan.

Sekarang saia nak sembang pasal drama Scent Of A Woman yang mengisahkan Lee Yeon Jae yg Cuma ada enam bulan untuk hidup akibat serangan kanser. Sebaik Yeon Jae mengetahuinya, dia menyenaraikan 20 impiannya sebelum mati.




Aktor drama ni adalah Lee Dong Wok yang pames dalam drama My Girl. Manakala aktressnya adalah pelakon My Name Is Kim Sam Soon.

Pada mulanya saia agak malas nak tengok sebab actress dia dah berusia. dan sangat messy dalam drama ni.lulz

Tapi saia mula tertarik bila dah masok episode 2 di mana actress nya menyenaraikan 20 perkara yg mesti dilakukan sebelum dia mati. Selain itu, saia suka tengok bagaimana mereka menari tango. Best!

Ost drama ni, ada dua yg menarik iaitu Bluebird dan You Are So Beautiful  - Kim Junsu

Jadi, untuk drama ni saia bg empat bintang kerna jalan cerita yg menarik dan ost yg best. Ah, kalau aktres dia cun dan bergetah, mungkin dapat lima bintang kot.lulz


p/s :: Drama ni membuatkan saia berfikir. Kalaulah kita tahu tempoh masa kita hidup kita ni sangat singkat, kita pasti akan berusaha untuk mencapai impian dan menghargai kehidupan kita agar kita mampu pergi dengan tenang. Bukan dengan meratapi kematian yg bakal menjelma.

Coffee Prince


salam…

hoi hoi!!!seperti saia janjikan dalam entri sebelum ni, saia akan citer pasal drama-drama aktres yang saia minat gegila ni. Sapa lagi kalau bukan Yoon Eun Hye!

Yeah, giginya walaupown wabbit tapi sangat comel. Dan dia membuakan saia konpiden untuk senyum dengan menampakkan gigi saia walaupown tak rata.heu heu heu

Sebenanrya, saia minat giler dgn Eun Hye sejak saia menonton My Fair Lady. Tapi sebelum saia ter-borak pasal drama My Fair Lady, saia nak citer dulu pasal Coffee Prince yang saia baru tonton minggu lepas.





Dalam drama Coffee Prince ni, Eun Hye memegang watak Go Eun Chan, budak tomboy. Namun disangkakan lelaki oleh Choi Ha Kyul. Mereka kenal melalui satu insiden ragut di mana Choi Ha Kyul mengesyaki Eun Chan telah berpakat dengan kawannya untuk meragut kawan Ha Kyul.
Disebabkan insiden ragut tersebut, Eun Chan yang bekerja penghantaran makanan miminta ganti rugi kepada Ha Kyul untuk membaiki motornya. Sebaik mereka berjumpa, pelbagai insiden yang jadi seperti Eun Chan yang disangkakan lelaki itu perlu menyamar sebagai gay boy dan kena comolot Ha Kyul bagi merosakkan ‘Blind Date’ yang diaturkan oleh nenek Ha Kyul.

Disebabkan Ha Kyul ni kaki enjoy. Maka neneknya telah menawarkan Ha Kyul untuk menguruskan sebuah Café dan diberi nama Coffee Prince. Pada mulanya Ha Kyul menolak, namun dipujuk ole Eun Chan yang ketika itu sedang mengganggur. Disebabkan Ha Kyul kesemua pekerja café tersebut lelaki dan menyangka Eun Chan juga lelaki, maka Ha Kyul memberi nama café tersebut Coffee Prince.

Macam-macam hal yang jadi sampailah Ha Kyul ni boleh tersuka plak dengan Eun Chan. Disebabkan Ha Kyul menyangka Eun Chan adalah lelaki, dia mengalami masalah. Iyelah, tetiba dia jadi gay plak. Mana tak celaru, kan.

Eun Hye sangat hebak dalam citer ni sebab kalau korang tengok Coffee Prince special, memang Eun Hye betei-betei piggy back Ha Kyul! Dan dia sendiri memang mengaku dia mengangkatnya tanpa ada bantuan. Peh Peh peh!Dah lah laki tu besar! Hebak giler! Selain dari lakonan nya yang berkesan dalam menjayakan watak tomboy. 


 Eun Hye sebagai Eun Chan.

Ocen Travel





Untuk citer ni, saia bagi empat bintang setengah, sebab dia ada ost yang best! Ost citer ni yang paling saia suka adalah Ocean Travel. 

Lie To Me

salam…

bertemu lagi dalam segmen 'Sembang K-Drama'

macam biasa, saia nak borak pasal drama yang baru jerk saia habis marathon semalam.bayangkan, mementang lah semalam dewali, malam selasa tu saia tekad nak habiskan Lie To Me. saia start tengok hari isnin.sampai episode 6. malam selasa balek keje jerk, terus marathon sampai pukul 9.30pagi. Ini bermakna lebih 24jam saia tak tidur.muka dah macam zombie, jangan lah tanya.bila bangun tau-tau dah pukul 3 petang.peh peh peh!

Memandangkan saia memang fans Yoon Eun Hye. Sapa tak kenal dia ni. Aktres Princess Hours, Coffee Prince, My Fair Lady(nanti saia akan post entry pasal drama ni) boleh dikatakan kesemua drama Y.E.H ni memang letop-letop lah.Cuma tak tau kenapa Lie To Me ni tak sehebat dramanya yang sebelum ni.



Lie To Me mengisahkan Gong Ah Jung yang bekerja di Kementerian Kebudayaan (Ministry of Culture) telah menipu kawan sekolahnya dengan mengatakan dia telah berkahwin dengan pemilik Hotel ternama iaitu Hyun Ki Joon.( Sebenarnya, bukan dia yang mengaku berkahwin pemilik hotel tersebut, dia Cuma tipu dah kahwin je. Tapi disebabkan ada satu insiden di mana Hyun Ki Joon telah mengangkat Gong Ah Jung, jadi kawan Gong Ah Jung menyangka Hyun Ki Joon adalah suami Gong Ah Jung.)




Lalu tersebarlah satu Korea bahwa Hyun Ki Joon yang kaya raya itu dah berkahwin secara senyap-senyap dan kononnya makcik Hyun Ki Joon tak bagi Hyun Ki Joon berkahwin. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang tengoklah drama ni. Siyes, memang best giler!
Disebabkan drama tak ada OST yang sedap. Maka, saia bagi empat bintang. Ah, saia suka Yoon Eun Hye!!!Ommooo…Dia sangat cun walaupown tanpa make up!!Dan laki tu…hurm, tak delah kacak sangat.Tapi bolehlah…


My Girl


salam…

sebagai pembukaan kepada ‘Sembang K-Drama’ saia mahu berkongsi drama yang baru habis saia marathon semalam iaitu My Girl. Drama My Girl ni pames pada telah ditayangkan di Korea pada tahun 2005/2006. Kiranya kalau kat Mesia, mestilah tahun 2006, kan.




Drama ni mengisahkan pasal Joo Yoo Rin seorang pemandu pelancong yang menghadapi pemungut hutang (ah-long) akibat ayahnya yang gemar berjudi. Sedang Yoo Rin melarikan diri dari geng Ah-Long, dia mengalami tak berapa nak eksiden sangat dengan Seol Gong Chan. Kenapa saia kata tak berapa nak eksiden sangat, sebab Yoo Rin ni Drama Queen, kiranya memang stok menipu dan sangat pandai berpura-pura. Dari insiden kecil, Yoo Rin yang pada mulanya mahu menuntut wang ganti rugi kerana eksiden tersebut namun mendapat kerja untuk pengalih bahasa kepada Gong Chan yang mempunyai pelanggan dari China.


Dari kerja mengalih bahasa, memetik dan menjual oren, sehinggalah akhirnya dia terpaksa berlakon menjadi sepupu Gong Chan demi menyelamatkan atuk Gong Chan yang sedang tenat di hospital. Manakala Gong Chan masih lagi berusaha mencari adik sepupunya yang hilang. Memacam benda yang jadi sebaik mereka jadi sepupu. Nak-nak time Gong Chan asyik kena tipu dengan Yoo Rin. Dan saia pown terpaksa terima bahasa Yoo Rin itu adalah ‘Pentipu Ter-Hebak!’. Kalau korang rasa nak tau cemana hebaknya Yoo Rin mengencing, tengoklah My Girl ni. Siyes, camtaek!


Never Say Good Bye


Ost lagu ni, sapa yang tak tahu kan. Lagu ‘Never Say Goodbye’ ni memang hits giler lah time saia belajar dulu. Hampir semua orang pown tahu, dan pasang lagu ni untuk nada dering mereka. Giler kentang!


Kalau awak tanya saia berapa bintang saia nak bagi, mungkin hanya 4 saja kot. Citer memang best. Tapi kalau nk komen pasal actor/aktres, siyesly saia tak menggilai mereka. Lagi satu, keserasian mereka bila scene Romantik..macam tak feel rementiknya tu.kehkehkeh
Tapi kalau bab gegila, memang camtaek. Sampai saia tak rasa nak gelak hentak-hentak meja lagi…saia terus hentak-hentak kepala dah.


p/s :: entry ini ditaip pada 18 oct tapi saia lupa nak post.kehkehkeh


Port Sembang Drama Korea


Salam…

Hai kekorang semua.**melambai-lambai ayu ala-ala miss universe.
ah, dah lama saia tak mencarut di sini, kan. Maka dengan rasminya, saia eiffel camtaek, bukan cekodok yang comot mahu berkongsi drama korea yang telah saia tonton. Tak kiralah, ianya baru atau lama ditayangkan di Malaysia, mahupown Korea.

Ekceli, saia sedang menunggu drama Birdie Buddy habis ditayangkan di Korea, kerna saia agak malas nak tunggu setiap minggu episode baru keluar. Biarlah ianya habis tayang dulu, barulah saia akan mendonlodnya. Bukan apa, tempoh hari, ketika Drama Protect The Boss baru dimainkan di Korea, saia juga telah mengikuti. Dan berhenti menontonnya seketika pada seminggu sebelum raya. Bila dah habis tayang ni, saia dah malas pula nak tengok. Sedangkan saia dah habis download dah. Jadi, untuk mengelakkan keterujaan saia tenggelam ada lebih baik saia menonton saja drama yang telah tamat disiarkan.

Dengan rasminya, saia akan menjadi tempat ini untuk kongsi pendapat saia tentang drama, movie Korea mahupown Jepun yang baru saia tonton di sini. Harap awak semua enjoy dan saia pedulik hapa cekodok yang comot tu bagi ke tak.miahahahaha
Lilypie